Call Button

Majlis Menandatangani Memorandum Kerjasama di antara Avisena Healthcare Sdn. Bhd. dan Universiti Kuala Lumpur telah berlangsung pada 9 November 2022 (Rabu) Bersamaan 14 Rabiulakhir 1444H yang bertempat di Mardhiyyah Hotel, Shah Alam.

 Mulai tahun 2023, pihak Avisena akan menaja seramai 6 orang kakitangan Avisena untuk melanjutkan pengajian mereka dalam bidang Kejururawatan di UniKL RCMP. Matlamat utama Memorandum Kerjasama ini dimeterai selain khusus dalam bidang Perubatan dan Sains Kesihatan di UniKL RCMP , kerjasama ini juga akan dimanfaatkan oleh kampus-kampus lain seperti MIIT untuk membantu dalam bidang ‘data analytic’, UBIS dalam program pasca siswazah, BMI dalam bidang ‘medical devices’ serta MESTECH dalam bidang pengkhususannya. Memorandom Kerjasama ini telah ditandatangani oleh Datuk Dr. Roziah Binti Omar, Ketua Pegawai Eksekutif, Universiti Kuala Lumpur dan Puan Elina Nadia Binti Omar, Pengarah Eksekutif, Avisena Healthcare Sdn. Bhd. dan disaksikan oleh Tuan Haji Hisshamuddin Bin Omar, Ketua Pegawai Eksekutif merangkap Ketua Kampus, Universiti Kuala Lumpur Royal College of Medicine Perak (UniKL RCMP) dan Dato’ Dr. Omar Bin Abd Hamid, Timbalan Pengerusi & Penasihat Korporat Avisena Healthcare Sdn. Bhd. Turut hadir, Dato’ Sri Azhar Bin Abdul Manaf, Ketua Pengarah MARA, Tan Sri Dato’ Seri Abd Aziz Mohd Yusof, Pengerusi Avisena Healthcare Sdn. Bhd. dan Profesor Madya Dr. Syed Rahim Bin Syed Hamid, Dekan, Fakulti Perubatan, UniKL RCMP. Semoga kerjasama ini akan memperkukuhkan lagi jaringan kerjasama yang erat antara industri dan universiti.

UNIVERSITI KUALA LUMPUR

1016, Jalan Sultan Ismail,
50250 Kuala Lumpur

+603 – 2175 4000

+603 – 2175 4001

CONNECT WITH #UniKL

UniKL website developed & managed by
Corporate Branding & Strategic Communication
Department (CBSCD)