Call Button

Kerajaan Malaysia telah menetapkan garis panduan bahawa proses Amalan Pengilangan Baik dan Amalan Pengedaran Baik (GDP) perlu menjadi amalan yang perlu dipatuhi oleh pihak pengeluar, pengedar, pengimport produk berasaskan kesihatan. Berdasarkan keperluan tersebut, Program Seminar dan Bengkel Good Manufacturing Practice (GMP) dan Good Distribution Practice (GDP) : Licensing 7 Regulatory Compliance ini dianjurkan dan merupakan kesinambungan program tahunan yang diuruskan oleh Jabatan Jaringan Perhubungan Antarabangsa dan Industri (IIIP) UniKL Royal College of Medicine Perak. Program yang dijalankan pada kali ini diadakan pada 13 hingga 15 Disember 2022 bertempat di Hotel Royale Chulan Damansara, Petaling Jaya, Selangor.

Seminar dan Bengkel ini telah menerima penyertaan seramai 74 orang peserta bagi pakej pertama , pakej kedua 28 peserta, dan pakej ketiga pula seramai 71 peserta.

 Moderator program ini ialah Dato’ Muhammad Lukmani bin Ibrahim, Felo Perunding UniKL RCMP. Program turut dijayakan dengan sesi penerangan daripada 10 pegawai National Pharmaceutical Regulatory Agency (NPRA) serta diteruskan dengan sesi penerangan oleh 6 fasilitator NPRA yang dilantik.

Program ini dijalankan dalam bentuk Forum dan Sesi Temu Bual Bersama peserta dimana setiap peserta diberi penerangan lebih jelas dan terperinci tentang kaedah GMP dan GDP. Semoga hubungan baik akan terus terjalin di antara UniKL RCMP dan rakan-rakan industri di masa akan datang.

UNIVERSITI KUALA LUMPUR

1016, Jalan Sultan Ismail,
50250 Kuala Lumpur

+603 – 2175 4000

+603 – 2175 4001

CONNECT WITH #UniKL

UniKL website developed & managed by
Corporate Branding & Strategic Communication
Department (CBSCD)