Call Button
SESI MENANDATANGANI MOU BAGI KAJIAN LANJUTAN PROGRAM RINTIS GUGUSAN MANJOI SERTA PENYERAHAN DRAF LAPORAN KAJIAN SEJARAH DAN MORFOLOGI BANDAR SERTA PENEMPATAN AWAM MASYARAKAT MELAYU DI BANDARAYA IPOH

 29 September 2022- Yang Berhormat Dato’ Nolee Ashilin binti Mohammed Radzi, Pengerusi Jawatankuasa Perumahan, Kerajaan Tempatan dan Pelancongan Negeri Perak telah melancarkan Ipoh Bandaraya Bestari Sejahtera. Beliau juga telah menyaksikan Sesi Menandatangani Memorandum Of Understanding (MOU) bagi Kajian Lanjutan Program Rintis Gugusan Manjoi serta penyerahan Draf Laporan Kajian Sejarah dan Morfologi Bandar serta Penempatan Awam Masyarakat Melayu di Bandaraya Ipoh.

Kajian dilaksanakan oleh 5 orang penyelidik iaitu 3 orang penyelidik daripada UniKL Royal College of Medicine Perak, 1 orang penyelidik bebas, dan 1 orang daripada UiTM Puncak Alam, Selangor. Kajian yang bermula sejak Januari hingga Oktober 2022 ini turut dipantau oleh Persatuan Sejarah Malaysia Cawangan Perak.

Tujuan kajian adalah untuk mendapatkan maklumat berkaitan sejarah petempatan awal masyarakat Melayu di Bandar Raya Ipoh dan proses perkembangannya hingga mencapai status bandar raya. Kebanyakan masyarakat beranggapan petempatan awal di Bandar Raya Ipoh wujud sekitar tahun 1880-an, iaitu ketika pihak British memperkenalkan Sistem Residen di Perak dan perkembangan bijih timah di Lembah Kinta.

Y.Bhg. Dato’ Rumaizi bin Baharin@Md Daud, Datuk Bandar Ipoh bersama Dr. Anas bin Md Yusof, Timbalan Naib Canselor (Pentadbiran & Kewangan) Universiti Sultan Azlan Shah (USAS) telah menandatangani MOU tersebut. Manakala Encik Hisshamuddin Omar, Ketua Pegawai Eksekutif dan Ketua Kampus, Universiti Kuala Lumpur Royal College of Medicine Perak (UniKL RCMP) pula mewakili Penyelidik Kajian tersebut.

Kolaborasi bersama Universiti Sultan Azlan Shah telah dibuat bagi Kajian Pelaksanaan Ipoh Sebagai Bandaraya Bestari Sejahtera sebagai salah satu sasaran di dalam Pelan Strategik Bandaraya Ipoh menjelang tahun 2030. Konsep Maqasid al-Syariah menjadi teras dalam melestarikan kesejahteraan kehidupan semua warganegara dan menyantuni kemanusiaan melalui kepemimpinan berkesan dan berintegriti, kehidupan berkualiti, aman dan makmur.

Kajian petempatan awal ini merintis kepada matlamat MBI dan Kerajaan Negeri Perak untuk mengenalpasti warisan yang boleh dijadikan sebagai produk pelancongan negeri dan negara.

 

UNIVERSITI KUALA LUMPUR

1016, Jalan Sultan Ismail,
50250 Kuala Lumpur

+603 – 2175 4000

+603 – 2175 4001

CONNECT WITH #UniKL

UniKL website developed & managed by
Corporate Branding & Strategic Communication
Department (CBSCD)